A Singer of Labanese origin. InsyaAllah is one of his hits song in Malaysia.
Assalamualaikum! dan selamat beramal. Mari kita tambah ilmu pengetahuan dengan membaca artikel yang pendek. Aku tertanya-tanya betul ke ucapan 'InsyaAllah' ni bermaksud berjanji kepada Allah? Maksudnya apabila kita dipelawa untuk ke rumah seseorang dan kita menjawab Insyallah kepadanya bermakna kita harus ke rumahnya. Tetapi ada yang mengatakan bahawa ucapan insyaAllah tu maknanya kita tidak pasti akan menghadiri sesuatu pelawaan tu. So harini aku buat sedikit research untuk mendapat kepastian selain menambah ilmu pengetahuan.Perkataan ' InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki.Tatkala kita diundang untuk menghadiri sesuatu majlis,kita melafazkan ucapan ' InsyaAllah ' bukan dengan penuh keyakinan bahawa Allah Taala itu tempat segala kekuasaan tetapi sebagai cara bermuslihat untuk tidak kita menghadirinya. Dalam erti kata ' InsyaAllah ' itu sebenarnya bagi kita hanya ibarat satu alat untuk kita mempertahankan diri dari melaku dan memenuhi segala sesuatu.
Yang sebenarnya dituntut ialah ketika kita dijemput atau berjanji dengan seseorang kita menuturkan ' InsyaAllah ' lalu berusaha memenuhi dan menunaikannya. Andai tiba-tiba datang halangan seperti sakit dan sebagainya,lalu kita uzur daripada melaksanakannya maka disinilah letaknya kekuasaan Allah. Disinilah baru berlakunya makna ' InsyaAllah ' dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebarang ketidakpuashatian dan comment,dialu-alukan untuk mengemukakannya dengan menekan butang comment di bawah ini.
Mcm tu,baru faham:).thanks for the info..
ReplyDeleteMost welcome zain :)
ReplyDelete