About Me

My photo
go4expertfordummies.blogspot.com
The story that i wrote is involves the feelings of sentiment thus noted to be memorable as well as teaching. I have lots of ideas on my head but difficult to be expressed in words. I have a lots of things to say but my mouth just like can't be open when the pefect timing came as i'm a shy person. Now i figure out that blogging is the only way for me to share my opinions, some of my good thoughts and ideas to everyone who need it. Peace and enjoy reading! -13 y/o syaza,2008-

Wednesday 25 May 2011

Apakah Sebenarnya Makna Erti Kata 'InsyaAllah'?


A Singer of Labanese origin. InsyaAllah is one of his hits song in Malaysia.
Assalamualaikum! dan selamat beramal. Mari kita tambah ilmu pengetahuan dengan membaca artikel yang pendek. Aku tertanya-tanya betul ke ucapan 'InsyaAllah' ni bermaksud berjanji kepada Allah? Maksudnya apabila kita dipelawa untuk ke rumah seseorang dan kita menjawab Insyallah kepadanya bermakna kita harus ke rumahnya. Tetapi ada yang mengatakan bahawa ucapan insyaAllah tu maknanya kita tidak pasti akan menghadiri sesuatu pelawaan tu. So harini aku buat sedikit research untuk mendapat kepastian selain menambah ilmu pengetahuan.

Perkataan ' InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki.Tatkala kita diundang untuk menghadiri sesuatu majlis,kita melafazkan ucapan ' InsyaAllah ' bukan dengan penuh keyakinan bahawa Allah Taala itu tempat segala kekuasaan tetapi sebagai cara bermuslihat untuk tidak kita menghadirinya. Dalam erti kata ' InsyaAllah ' itu sebenarnya bagi kita hanya ibarat satu alat untuk kita mempertahankan diri dari melaku dan memenuhi segala sesuatu.


Yang sebenarnya dituntut ialah ketika kita dijemput atau berjanji dengan seseorang kita menuturkan ' InsyaAllah ' lalu berusaha memenuhi dan menunaikannya. Andai tiba-tiba datang halangan seperti sakit dan sebagainya,lalu kita uzur daripada melaksanakannya maka disinilah letaknya kekuasaan Allah. Disinilah baru berlakunya makna ' InsyaAllah ' dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebarang ketidakpuashatian dan comment,dialu-alukan untuk mengemukakannya dengan menekan butang comment di bawah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...